Taj Mahal
Tersebut satu al kisah
Taj Mahal terkenal namanya
Dibinakan orang yang bijaksana
Terbilang namanya merata dunia
Kisahnya yang sungguh terharu
Bukti cinta di zaman dahulu
Antara Shah Jahan dan kekasihnya
Berjanji sehidup mati bersama
Sungguhlah malangnya yang menimpa
Kepada isteri yang disayang
Kembali dia ke alam baqa'
Tinggalkan suaminya
Hidup dalam kecewa
Sebagai tanda cinta suami
Kepada isteri yang dikasihi
Mahligai cintanya dibina sedia
Taj Mahal yang indah diberi nama.
Rupanya lagu Sanisah Huri ni la yang mak nyanyi hari tu. Dia kata sebab pengaruh lagu ni la, sejak dari kecik dia dah pasang niat nak sampai ke Taj Mahal. Akhirnya tercapai jugak.
Memang mastermind untuk rombongan ke India ni adalah mak. Bila dia bukak mulut cerita nak pergi, kami anak-anak menantu pun gatal nak mengikut. Haha. Maka dari asalnya cuma berempat… Mak, abah, adik ngan Zizi, bertambah jadi 16. Reni, Rashid, Hubby, Aku, Abang Fizi… sampai la jiran-jiran tetangga dan ahli-ahli masjid. Meriah betul!
Melancong ni memang bagus berami-ramai, seronok. Nak-nak bersama family, bila ada yang havoc sikit.. bertambah la meriahnya. Dalam kes ni sah-sah la suami aku yang paling bising. Ada saja yang nak diusik maknya tu. Sampai terdiam orang tua tu, tapi aku tau mak sebenarnya pun terhibur ngan keletah anak dia tu. Kalau tak masakan kami berdua antara yang spesel ditanggung 2 ribu. Keh3!
So dari 22 sampai 26 Januari 2011, melanconglah kami ke sana.
First stop, New Delhi. Tiba di Indira Gandhi Airport dalam pukul 8:30 malam (waktu India, lewat 2 jam dari Malaysia). Cuaca masa tu memang sejuk. Maklumlah, musim winter walaupun tak bersalji. Nasib semua dah siapkan baju-baju tebal masing-masing. Kami disambut Vikram Singh dan 2 pembantunya dan dibawa straight ke Star Rock Hotel.
Kecik je pun hotelnya tapi kat situ dah termasuk taraf 4 bintang. Mana dia dapat bintang tuh? Haha, tak tau. Kalau kat Malaysia taraf hotel kat pekan je. Tu kalau tengok dari luar la, dah masuk dalam lain la ceritanya… kecik2 pun, dalam semua marble mah! Tile dia marble besar-besar gedabak yang memang-konpem-potong-jari kat Malaysia tak jual. Kagum sekejap, pastu sambung kutuk balik pasal kami lapar tapi malam tu takde disediakan makanan. Pehal?
Tapi semua benda tu dah diberitahu awal-awal, so kami masing-masing ada bawak bekal meggi. So, belasah satu cup sorang baru boleh tidur.
Esoknya pagi-pagi bangun and breakfast kat bumbung hotel, I mean.. tingkat paling atas ler. Cuaca memang sejuk dan berkabus. Bercakap mulut kuar asap tuh. Memang menarik, haha tapi bagi aku tak menarik pun pasal perut aku tak leh terima masakan India ecceli. Roti canai ngan dhal memang memuakkan, so aku terpaksa amik roti putih ngan jem. Gaya dah macam omputih, tapi still tak leh telan.
Seterusnya kitorang ready untuk check-out dan berangkat ke Jaipur. Dalam pada duk tunggu ahli-ahli lain berkemas dah bersiap, aku dan hubby pun berjalan-jalan di sekitar hotel tu dulu, sambil menghirup udara sejuk, tapi tak berapa segar. Mana nak segar, siul je pagi-pagi dah tengok ta*k orang atas jalan. Nasib tak terpijak, panas-panas lagi tu. Hahaha.
Kesian rakyat india ni sebenarnya, masih terlalu ramai lagi yang merempat tak berumah. Melambak-lambak tidur tepi jalan, kaki lima, kat tengah-tengah roundabout pun jadi! Asal kat situ ada sumber air, contoh cam paip pecah..haa, memang berkampung la diorang kat situ. Boleh wat mandi siap basuh baju. Basuh baju pakai air lopak je dowh! Kesian, kesian. Gembel pun biasa la, merata-rata. Asal Nampak kitorang jalan je, kejar mintak duit. Tengok mata kesian, tapi aku bagi kang ramai lak yang serbu, so better wat tak tahu je.
Berbalik kepada agenda tadi yang nak ke Jaipur tu. So kitorang pun berangkat la naik bas, bersama-sama dengan si Vikram dan 2 pembantunya @ driver. Perjalanan selama 6 jam tu memang macam-macam lagi pengalaman yang kitorang dapat. Antaranya:
1. Sepanjang jalan di India sentiasa ada orang. 24 jam kot (sebab waktu tidur kitorang tak survey lak) Tapi kebanyakan masanya memang ada orang. Takkan Nampak lengang la senang cite. Yang berkereta tu berkereta la (most of them pakai jenama SUZUKI) yang berbasikal, jalan kaki, berkereta-binatang pun banyak!
2. Berkereta-binatang tu ialah, berkereta kuda, lembu, unta, keldai, gajah… babi je yang diorang takleh bawak bekerja… tapi menatang2 ni memang berkeliaran di jalan2 raya mereka.
3. Kereta yang kebanyakan rakyatnya pakai is Suzuki dan semua kereta kitorang tengok dilipat telinga kiri…hahaha, I mean SIDE MIRROR belah kiri tu dilipat ke dalam, so kira tak pakai la.
4. Hon dibunyikan sepanjang masa, memang bingit! Sama gak perangai cam manusia2 di Indonesia & Vietnam. Bunyiiik je. Bila diamati rupa2nya tu cara diorang bgtau driver kenderaan lain yang ‘aku nak potong’.. kira cam tu lah. So, BLOW HORN please!
5. Diorang memang tak educated pasal mengamalkan OPEN TOILET! Yepp. Most of the men buang air main pancut cenggitu je. Tepi jalan je. Paling strategic kalau ada dinding.. mana2 dinding. So kalo next time korang ke sana gamble je dan terasa nak buang air, jangan tanya dimana tandas awam, memang takde.. so, pakai hidung sendiri and it will show you the way / place. Hahahaha!
6. Yang bekerja pulak hidup dengan tips je. Ade ke patut, kami yang nak masuk makan di restoran perlu bagi tip pada setiap pekerja kat situ, macam wajib. Kalau tak diorang takmo serve makanan. B*d*h kan? Memang bayak tip kitorang habis di India ni. Nak masuk toilet kat stesen minyak yang rupa cam jamban atuk aku zaman 70-an dulu pun kena bayar gak. Disebabkan pundi kencing dah bengkak, bayar je laaa…
7. Yang pompuan2 main taik lembu tu biasa je. Kumpul banyak2 pastu uli-uli-uli dan uli, then wat bentuk bulat-bulat nipis cam roti canai, pastu jemur. Tak jelas la apa yang diorang buat dengan taik2 lembu yang dikeringkan tu, tapi ada ternampak gak diorang wat bahan api untuk masak. Eeeuuuu.
Dalam perjalanan, tu je la yang aku leh kutuk kot. Yang lain tu, ada la yang okey iaitu Taj Mahal. Ni kat Agra okey. Haha. Yang ni memang best, memang cantik. Istana-istana lama diorang selain taj mahal memang cantik2 dan besar-besar. Most of them dihiasi dengan batu-batu permata. Jaipur memang terkenal dengan batu permatanya, kalau mencari batu ori memang kat sini la, tempat lain konpem tipu.
Sepanjang melawat istana-istana tu kami diceritakan dengan kekayaan raja-raja india dulu.. memang kagum la kan, tengok senibina diorang tu semua. Memang halus. Tapi bila tengok rakyatnya yang ada sekarang rasa semua cerita tu sia-sia. Ceh, emosi lak aku.
Hurm, takat tu je la ek ceritanya. Malas nak hurai banyak-banyak. Haha. Kesimpulannya, jauh berjalan luas pengalaman. Pergi la melancong ke Negara yang susah sekali sekala, supaya kita lebih menghargai kenikmatan yang kita ada. Peace!




0 komen:
Post a Comment
Komen