Thursday, March 17, 2011

Kira-kira

Dah baca eBook tu. :)

Sekarang baru la aku tahu, yang perkara paling penting dalam usaha mengurang atau menambah berat badan adalah semuanya tentang tenaga dan KALORI. Ia mengenai bagaimana mengawal atau merancang pengambilan kalori, lawan pengeluaran kalori. 

Untuk mencapai target menurunkan berat badan ni, perkara paling penting yang perlu dibuat ialah berapa banyak kalori yang diperlukan oleh tubuh kita setiap hari. Dan keperluan setiap orang adalah berbeza. Usia, berat, tinggi, jantina dan kadar aktiviti mempengaruhinya.

Berdasarkan penerangan2 yang Kevin bagi dalam buku ni, so aku pun start la mengira Kadar Metabolisme Asas (Basal Metabolic Rate - BMR) aku. BMR ni untuk pengetahuan, adalah amaun tenaga yang diperlukan tubuh badan aku untuk mengekalkan kehidupan. Tenaga yang sangat basic untuk menggerakkan organ dalam badan dan juga pernafasan. So...

BMR = 655 + (9.6 x 65) + (1.8 x 168) - (4.7 x 28)
       = 1449.8 kalori / hari

Selepas tu kira Keperluan Kalori Harian (Daily Calorie Requirement - DCR) pulak. Yang ini lebih berkaitan dengan aktiviti kita seharian pulak. Sama ada aktif atau tak. Semakin aktif, semakin banyak kalori diperlukan oleh tubuh. Jadi kena amik kira.

Dalam kes aku, rasanya buat setakat ni kerja harian aku cuma lepak di meja dan jalan-jalan sikit je. So sifir dia lain la sikit dari orang yang main netball setiap petang. He5.

DCR = BMR x 1.2
= 1739. 76 kalori / hari.

Maknanya ini je lah amaun tenaga atau kalori yang perlu aku amik setiap hari. Kalau terlebih dan kurang buang balik melalui senaman, jawabnya berat bertambah la. Begitulah seadanya. Tapi ni pun kiraan agak-agak je sebab aku tak tahu the exact berat aku sekarang.. lama tak timbang, kan? Aku agak-agak dalam 65 kg je dulu. Sebab biasanya aku maintain 62 kg.. bila rasa berat, biasanya lebih kurang nilai tu. Nanti la, ada masa aku akan timbang nilai sebenar dan kemudian kena kira balik benda alah ni. He5.

Sambung balik...
Lepas kira tu semua, langkah seterusnya adalah kena tahu jumlah yang perlu dibakar supaya berat badan kurang. Menurut rumus 1 kg = 7700 kalori, dan 5 kg bersamaan 38500 kalori... makanya memang sangat banyak kalori yang perlu dibakar. Nak buat sehari memang tak tercapai, kan?

So, dihitung-hitung lagi si Kevin pun amik la 35 hari = 5 minggu untuk kurangkan semua tu. Dalam tempoh tu,maknanya cuma perlu bakar 1100 kalori je sehari. Senang sikit usaha.

Makan 1739.76 dan nak bakar 1100 adalah mustahil. Nak diet saja mengah, nak bersenam saja pun mengah. So i decided to bahagi dua, jadi diet 550 kalori dan senaman 550 kalori. So setiap hari kena amik cuma 1189.76 kalori. Haha. Pastu kena rajin2 turun naik tangga la.
:)

Pasal kalori yang nak amik tiap2 hari tu, kita perlu ada kepakaran mengira kalori dalam makanan harian. Aku tak nak explain lebih-lebih kat sini, sape nak tahu detail sila la dapatkan buku tu sendiri okeh?
Get it here

Cam best je nak buat kan? Tapi tengah duk kira-kira tu aku terfikir pulak, is it possible for me who's in TTC to do this weight loss programme?

Huk aloh.


0 komen:

Post a Comment

Komen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails