Friday, March 25, 2011

Addictive

Seronok shopping online ni. Mudah je. Tengok mana berkenan, isi form yang diperlukan, tunggu reply tuan kedai then bayar... Lepas tu tunggu je barang yang diorder sampai.

Dan kedai online pun tumbuh macam cendawan lepas hujan, banyak. Yang menarik perhatian aku setakat ni adalah kedai tudung. He5.

Ada satu web yang aku duk lawat ni memang gempak la kot. Sebab ramai peminat dia, dah 50 k pun. Namanya RADIUSITE. Tapi nak order barang dia kena cepat la. Always ready dengan update terbaru stok dia. Kalau lambat sikit memang status available tu bertukar SOLD atau FULLY RESERVED.

First time aku beli tudung rose. Warnanya memang cantik-cantik, terang-terang.
Aku kan dah diharamkan dari memakai tudung gelap, so sekarang cari yang cerah je la
(tapi selit gak kelabu satu).

Rambang mata dengan yang tu, aku order sampai 6 helai. Termasuk la 2 inner neck.
Yang ni pun best sebab memang lain dari inner yang lain.
Semuanya berjumlah 2++ lebih. Haha.


Servis dia untuk kali pertama ni aku kira bagus la. Sebab lepas bayar memang dia proses terus. Cuma yang aku order jadi lambat sikit, time tu tuan kedai gi bercuti. Staff yang urus, jadi kelam kabut sikit kot.

Akibatnya barang aku tempah 8, yang sampai cuma 5 je. Satu tudung rose pink dan 2 inner neck missing. Jadi aku mesej diorang balik bagitau pasal tak cukup ni.

Mula-mula memang rasa cam 'tak best'. Sebab aku dah bayar langsai semua.
Tapi sabar je dulu, tengok diorang reply macamana. Risau gak takut diorang tak percaya.
Mana la tau kot-kot dia ingat aku nak tipu, kan?

Selang sehari dua, diorang reply.
Siap dah pos balik barang yang tak cukup tu dan refund RM 25 untuk harga satu inner neck yang dah habis stok.

Alhamdulillah.
Hati berbunga-bunga sebab aku tahu, diorang ni memang ikhlas berniaga dan tak tipu.



Tu satu....

Ada satu web lagi, nama dia SUGARSCARF. Aku tengok stok dia memang cantik. Yang cantik tu memang betul cantik la, tapi ade gak yang mata aku tak berkenan.

Sebab tudung express dia banyak yang awning hitam.
No, no. Hitam bukan pilihan saya. Lagipun, mungkin gak sebab awning hitam tu tak masuk dengan sesetengah kaler cerah yang dia 'matching'kan. Jadi tak matching.

Tengok lam web memang cantik sangat. So aku order la 3 helai. Lepas bagi details through email, dia reply. Tapi sehelai dah tak available. Pikir punya pikir aku pun terima je la 2 helai pun, sebab yang berkenan sangat yang takde tu.

Aku order tudung denim yang kaler biru muda ngan tudung express corak-corak, juga biru muda. Proses yang ni jauh lebih mudah dari web kat atas. Selang 2 hari dah dapat barang.

Cuma aku agak kecewa. Tudung denim aku order kaler biru muda, sampai yang kelabu.
Tudung express order yang corak warna cam soft blue + soft yellow, sampai yang awningnya dah kaler dark turquoise dan cam hijau-hijau walaupun corak sama.

Aiseh!

Setelah dibuat perbandingan secara halus, rupa-rupanya aku silap.
Tudung yang dihantar adalah TEPAT dengan pilihan aku.
Cuma warna pada pandangan 'real' amat berbeza dari yang dipaparkan dalam web.
Sori tuan kedai!

Psttt, lain kali tulis... warna mungkin 'lari' sikit dari paparan kerana bla bla bla...
ala yang selalu depa tulis kat web-web tu laa.





Sama kan? I tot yang left tu blue, and mine grey.
It's grey la.


Ni pun, ingatkan yang left blue + yellow. Aku punya turquoise + green.
Memang turquoise + green pun.

Aku salah faham dengan warna di paparan je.

Ok.
Kualiti je kureng sikit....
yang express tu, aku rasa kalau aku beli kat Wakaf Che Yeh boleh dapat RM 15 je kot.
Ni bantai sampai RM 30. Tengok lam web memang cam cantik banget!
Tapi jangan tertipu....
Kat web kita takleh tahu kualiti dia, elok atau tak.
Kalau kat kedai kita leh pegang + belek kain tu kan?
So, sape-sape yang nak online shopping.. perkara macam ni kena perlu ready la ye.
Dan REDHA.
Anyway, diorang memang peniaga online yang bagus.
Recommended!

0 komen:

Post a Comment

Komen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails