2 minggu pertama sebagai Ketua Unit Penerbitan sungguh memeningkan kepala! Hadoooiii la. Banyak benda nak kena amik alih dari pemangku. Sangat banyak! Patut la diorang ni dah cakap siap-siap dulu, unit ni banyak kerja.. dah la straight bawah Pengarah. Memang faberet dan dalam pemerhatian dia laa.
Member2 lain sume selamat ditempatkan ke Bahagian masing-masing, kat bengkel. Aku sorang je di pentadbiran. Hurmm. Tapi tetap ada pro dan kontra. Kat bengkel selamat + jauh dari Pengarah (biasa la kan, takmo perhatian) tapi banyak kelas, banyak subjek nak kena ajar, teras lak tu... dengan silibus baru dan takde latihan, sume dah buat status kat fb nak menyelam je. Hahaha.
Aku kat pentadbiran memang dalam pemerhatian. Mau tidak, cctv bersepah-sepah.. konpem dia tau aku masuk pukul berapa (paling awal), keluar rehat pukul berapa (sharp 1 tghr), masuk balik pukul berapa (err, lambat sikit.. balik solat di kuarters), dengan balik pukul berapa (kdg cepat tapi skg dah beransur-ansur lewat). Tapi kelas kurang.. mengajar subjek umum je (Sains Kej @ Fizik), hanya 1.5 jam seminggu.. but, kerja lain la yang banyak!
Gambar student, pinjam jap.
Buat majalah, kalendar, buku, banner, flyers, name card.. ape lagi yg boleh dinamakan, silakanlah.. memang buat. Bukan setakat untuk jabatan ILPNT ni je, luar punya pun buat tau. ILP lain, ADTEC.. sume hantar sini. Jenuh wei. Nasib baik yang luar tu design depa kena buat sendiri.. kalau design pon kami. Mati. Staff 4 orang je, termasuk aku. Mana sempat nak cekau design sampai siap seketul buku?
Tapi selama ni memang diorg bertiga je la yang buat, aku baru masuk je. Illustrator pun belum mahir. Hahaha, apetah lagi nak sampai bab cetak segala.
Hurm, harap-harap cepat belajar. Walaupun aku banyak in charge meeting, i need to know.

0 komen:
Post a Comment
Komen