Tengah bosan ni. Ecceli bukan takde kerja, ada.. tapi takde mood lagi nak buat. Huhu. Macamana nak ada, hari ni kan Sabtu.. orang lain semua cuti, tapi aku je yang tetiba rajin datang bekerja. Ngeh3! Tu laaa, cuti banyak lagiii.
Sebenarnya ILP aku ni ada buat cuti tambahan sempena cuti umum hari Thaipusam minggu lepas. Memandangkan student india ramai, dah cuti Thaipusam tu pulak cuma satu hari.. diorang pun mintak la dengan pengarah nak cuti 2 hari, termasuk 21 hb. Maka, pensyarah-pensyarah subjek teras dan umum diberikan pelepasan jugak untuk cuti pada hari tersebut, tapi perlu diganti pada hari ni, Sabtu 29 hb.
Bagi pensyarah yang duk area bengkel ok la, cuti ramai-ramai.. hari ni datang ganti pun ramai-ramai sekali ngan student. Tapi aku ni, pensyarah jugak cuma terasing sikit duduk di blok pentadbiran. Staff2 pentadbiran ni pulak Jumaat aritu tak cuti, so arini cuti la mereka... membuatkan aku keseorangan la kat blok ni hari ni.
Haha. Sengal tak? Ni sume pasal terkejar-kejar nak bercuti ke India la. 22 hb dah nak kena depart ke Delhi, kalau 21 hb tu aku masih kerja takut kelam-kabut la. So cuti... hmm. Takpe la, ganti je la. Tapi ini la kerjanya... keh3! Japgi la, nati datang mood nak buat schedule 2011 untuk unit penerbitan.
Next post cite pasal vacation kat India okey..?
Daaa.
0 komen:
Post a Comment
Komen