Pukul 7.30 malam tadi abang dropkan aku di ILP ni, on his way back to Pengkalan Hulu dari KL. Baru je sejam berlalu tapi aku rasa macam dah lama giler! Boring sungguh melepak merenung siling je dalam bilik ni, walaupun ada 2 lagi member yang baru sama-sama melapor. Kuarters kami masing-masing belum ada bekalan letrik dan masih belum dicuci, maka transit lah kami kat sini. Huhuhu.
Dalam keadaan macam ni, banyak rasa bercampur dalam diri. Boring, sedih, rindu dan nak menangis pun ada. Haduuiihh, susah benar nak jauh dari suami, bercampur pulak rindukan rumahku syurgaku di Pengkalan hulu tu. Rumah tu memang heaven, sejuk, tenang, nyaman :) So macam-macam la yang difikir. Rasa nak ulang-alik dari sana ke ILP ni pun membuak-buak.
2 jam drive kereta, korang rasa jauh tak? Berbaloi tak? Letih tak? Kalau waktu kerja habis pukul 5 petang, aku leh sampai umah dalam pukul 7 petang. Tapi masuk kerja pukul 8 pagi, nak turun 6 pagi ke? Nak bangun pukul berapa pulak? Sigh.
Rasa cam impossible lak, tapi mengikut pengalaman jiran masa aku tinggal di Kuala Krai dulu, dia yang kerja di Kota Bharu pun ulang alik gak. Masa pun lebih kurang 2 jam gak. Boleh je. Eh, ramai lah. Tu antara yang berkereta, yang naik bas pun ada tau. Ulang-alik.
Nak buat camtu gak la! Boleh tak?
Tak suka la perasaan dalam hati tak best macam ni!
hmm..2 jam perjalanan ulang alik opis-umah..letih tp berbaloi sebab happy dpt jumpa si dia...x pon cari umah di tengah2..sorang sejam pejalanan..huhuhu..dulu masa praktikal kat mimos, ade sorang akak ni dok berulang alik kl-seremban sebab dia x suka dok sorang2 kat kl..samp umah dah maghrib, awal2 subuh dah bgn naik komuter ke kl..letih tp dia happy!
ReplyDeletetenkiu nad! statement pertama yg menyokong niat aku.. hurm, yang penting kita hepi, aight?
ReplyDeleteyup..yg penting hepi! :) tp at least kt byk option lg nk jumpa yg tersayang..cam kak sila mencabar gak coz dia kat srwk n hubby nya kat perak..ape2pon kena naik flite..
ReplyDelete