Tuesday, November 16, 2010

Doktor Bergaya

Banyak betul masalah nak setelkan medical checkup ni. Apalah yang susah sangat? Pergi klinik kesihatan Pengkalan Hulu (09/11/2010) , pembantu perubatan kata kena setelkan x-ray dan urine dadah di hospital Baling dulu. Dah siap yang tu baru yang lain dapat buat kat situ. Tapi test urine dadah tu lama.. dekat 2 minggu.


Mak aihh, nape lama sangat? Lagi 2 minggu aku dah nak lapor. Tapi memang betul pun, suami aku pegawai narkotik.. selalu sangat la urine dadah mat-mat penagih tu, memang lama. Dah hantar pi makmal hospital kerajaan 2 minggu hingga sebulan baru dapat result. Sigh! Gimana nih? 


Dalam duk risau-risau tu suami keluarkan idea suh aku buat x-ray dan urine test kat Klang je. Klinik tempat kerja kakak ipar, cepat la sikit kot bila ada orang dalam. Hehe. So Kak Aida pun wat appointment segera untuk aku. 


Makanya, hari Khamis (11/11/2010) tu aku dan suami pun turun la Klang. Kalut-kalut keluar dari rumah pukul 10 pagi takut tak sempai sampai on time. Perjalanan 5 jam, budget drive non stop sampai la dalam pukul 3 petang. Pendaftaran sampai pukul 4 petang je. Huhu.


Nak dibuatnya ada masalah, kereta pulak time tu tak sedap nak drive. Masa otw balik Kelantan minggu lepas, terlanggar lubang maha dalam di Jeli membuatkan tayar depan belah kanan pancit terus, rim pun rosak. Si suami geram sangat, maka ditukarnya semua tayar ngan rim baru sekaligus... melayang RM2 ribu. Tapi pomen kat kedai tu tak buat allignment dan balancing daaa. Tu pasal pemanduan kitorang tak best haritu. Mana tahan nak drive 90km/j kat highway? Nak-nak mengejar masa... pukul 4 ptg pun belum tentu sampai Klang. Asal cecah 100km/j stereng bergegar. So suami masuk Kuala Kangsar jap, cari bengkel wat balancing. 


Drive back on road, still rasa tak sedap... entah apa la masalah lagi. Stereng bergegar lagi tapi boleh la tahan pecut 120-140 km/j gak. Sampai la klinik kesihatan bukit kuda, klang sharp2 pukul 4. Terus je masuk wat checkup dan x ray. Tapi tu pun tak setel, urine pasal nak cepat kena buat kat makmal swasta gak. 


Jumaat esoknya (12/11/2010) lepas suami hantar urine penagih2 dia ke makmal HKL, kitorang ke BP Diagnostic Centre di Cheras buat urine test for drug pulak. Ingatkan boleh dapat sehari je sekali 2 hari jugak. Sigh. Result boleh dapat hari Isnin katanya, tapi lepas berbincang-bincang dapat la mintak diorang setelkan by Sunday. Sabtu (13/11/2010) .. balik Kuala Selangor  jap, umah mentua sambil-sambil nak isikan form bahagian dental. Haha. Nasib baik doktor gigi anak jiran tu ada, cepat la sikit penuh borang medical checkup aku.


Hari Ahad (14/11/2010), pukul 9.30 pagi keluar daru rumah mentua ke KL balik. Kena cepat-cepat sebab Ahad BP Diagnostic tu halfday. Hum, setel 2 benda paling penting yang klinik tak dapat buat! Dapat je result terus kitorang bertolak balik ke Pengkalan Hulu.


Ada sikit je lagi yang tak selesai pada borang tu dan yang paling penting... tandatangan dan cop doktor. So, Isnin dalam pukul 10 pagi aku pergi semula ke klinik kesihatan pkln hulu tu membawa result yang diorang request sebelumnya... tup2. doktor takde! Suruh datang esok pulak (hari ni, Selasa). Ada 3 doktor kat klinik tu, mana semua pergi? Mengeluh la lagi aku..


Tapi hari ni adalah hari untuk ibu-ibu mengandung.. tak kisah la yang penting apa aku nak dapat! Jadi diorang arrange suh aku datang awal pagi, 7.30 pagi tuu. Biar doktor cek aku dulu sebelum pregnant women lain, kalau lambat2 mood doktor tak baik. Ape-ape je lah. 


So aku pun sampai la depan klinik hari ni 7.45 pagi. Sama sampai ngan doktor pompuan bergaya tu. Aku yakin sangat akan check ngan dia. Masuk daftar semua, tunggu-tunggu dia tak masuk. Nampak kelibat je tadi jap, tu pun semata-mata punch kad takmo bagi merah. Lepas tu hilang. 


Aku nombor yang paling awal nak ngedate ngan dia ni, tapi lama betul menunggu. Dekat sejam, dari 7.45 pagi aku terserempak ngan dia.. pukul 8.40 pagi baru nampak dia masuk. Memang aku perhatikan masa tau! Berbaju kurung moden warna biru penuh sulam, dengan high heel, tudung dan jam tangan sedondon, hand bag aku tak perasan pulak.. menonong masuk. 


Lima minit kemudian baru aku dipanggil masuk. Duduk berdepan ngan dia tu aku perasan lagi.. eye shadow dia pun sedondon! Hehe. Siap contact lens kaler kelabu lagi. Doktor bergaya, hati aku duk mengumpat. Cantik orangnya, umur mungkin dalam awal 40-an tapi sia-sia... tak senyum langsung!


Dia tengok borang aku, 'Buat x-ray dengan yang lain-lain ni kat mana?'


'Klang' aku jawab. 


'Kenape tak setelkan semua kat klinik tu je?' Masih tak senyum. 


'Tak sempat, saya datang pun dah petang. Sempat x ray je.' 


'Macamana boleh tak sempat? Doktor pegi mana? Saya ada je sampai pukul 5.' Sinis betul.


'Tak sempat jumpa doktor pun, nurse je yang buat semua.'


'Yela, tapi kenapa tak siapkan?'


Eh, mangkuk ni. Kan aku dah cakap tak sempat? Aku dah ke hulu ke hilir nak setelkan benda2 penting tu... boleh dia tanya macam-macam pulak? Takkan aku nak bagitau perjalanan aku detail kat dia kot?


'Tak sempat'


'Kenapa sampai ke sana buatnya?'


'Hujung minggu, sambil balik kampung. Nak tunggu sini lambat'.


'Pelik saya... biasanya kalau buat kat baling dia setelkan sume.'






Haritu pembantu ko jugak yang cakap, setelkan x ray ngan urine je... yang lain boleh buat kat sini! Geram betul dah hati ni rasanya, nak2 aku sembur balik tapi sabaaar je... ada sisa je pun ni. Kalau sempat buat semua kat kl takde la aku teringin nk jenguk ko kat klinik ni wahai doktor!


Aku diam. Malas layan. 


Dia pun belek2 x-ray aku dan bangun gi observe kat bilik sebelah. Dalam masa tu nurse pembantu dia tegur aku, cina. Peramah pulak, tanya dapat kerja apa, duk mana semua. Langsung takde effect dari mulut doktor bergaya tu tadi...memang la takde effect, bukan dia yang kena, aku! Hehe. Tapi dari cara dia aku tau, dia pun tak masuk port ngan doktor tu. Cam dia wat bolayan jek. Biasanya kan nurse ni sama join je bab2 sinis ngan pesakit ni. So aku rasa doktor ni... something wrong somewhere! Ah, bolayan gak!


Sudah cek dia datang balik. 'Awak pergi check darah dulu, saya tengok x-ray kelabu kat sini. Takut ada masalah'. Pulaakk. Hum, ok la. So i went... 


Ni pun satu hal... bukan ada masalah ngn nurse dah, yang ni sungguh baik hati tapi urat tangan aku pulak tak nampak. Ditepuk2 pun tak muncul. Aku dah cuak, aiseh! Jangan la dia cucuk2 aku nak cari urat tu. Budak sebelum tadi kejap je dapat. Aku ni, dah tepuk2 banyak kali pun tak nampak urat lagi, bukan takat tak nampak... denyutan pun tak rasa. Tiba2 sorang doktor lelaki cina masuk, 'kenapa?'


'Tak nampak urat' nurse tu bagitau. Aku senyum2 kambing je tengok dia sambil tengah berusaha sorok rasa takut (jarum besar tuuu) dan tahan sakit perut. Time ni lah dia nak wat hal. Setelah 2 tempat dicucuk baru la dapat darah aku, kat belakang tapak tangan lak tu. 


Lepas siap dapat result, aku masuk balik bilik doktor bergaya. Aku senyap, dia pun senyap. Biar la dia wat kerja dia, yang penting aku tengok dia sain dan cop borang tu. Alhamdulillah, setel gak akhirnya. Hati aku yang panas tadi pun dah agak sejuk sikit. Dia bagi balik borang tu kat aku dan masa bangun sebelum keluar tu aku ucap 'terima kasih' tapi tak de balasan... jangankan nak dengar 'sama-sama'.. 'hmm' or angguk pun takde. 


Heeeeee, meruap balik nih! Tak beretika langsung! Cepat2 aku blah!


Sekian cerita doktor bergaya.




1 komen:

  1. jgn salahkan doktor tu...kot2 dia belum kawin lg..tu yg emo lebih tu...selalunya org emo ni adalah ANDALUSIA...so sorry eh, doktor bergaya!

    ReplyDelete

Komen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails