Aku cuma nak share perasaan dalam hati aku sekarang --> sangaaaat gembira! Woohooo!
Dah lama aku tunggu-tunggu saat ni. Sejak tamat universiti, dah masuk 4 tahun 5 bulan. Lama betul! Tapi akhirnya, Allah bukakan jugak pintu rezeki untuk aku mendapatkan pekerjaan dalam KERAJAAN dan TETAP. Takpe lah lambat, yang penting berbaloi penantian aku selama ni.
Alhamdulillah.
Akhirnya.. setelah bermacam-macam usaha, doa, tawakal, halangan dan airmata. Aku berjaya. Dan ini adalah usaha diri aku sendiri bersama doa suami, umi + abah serta emak dan abah. Tak ada kabel mahupun apa-apa wayar. Ini adalah rezeki dari Allah untuk aku yang telah berusaha dan menanti sekian lama.
Maka pada tanggal 29 Oktober 2010, Norliza Nasarudin menangis lagi.. kali ini paling menyesakkan dada kerana dia menerima berita gembira. :)

0 komen:
Post a Comment
Komen